Pada 29-30 September 2017 telah diadakan Minggu Kerjaya di KMNS.Pada mereka yang masih tercari-cari peluang untuk melanjutkan pelajaran,ini merupakan platform untuk mereka menentukan hala tuju.Disini akan ku coretkan tentang perjalan program pada hari tersebut.
29 SEPTEMBER 2017
1500-1600
Taklimat UPU
Taklimat UPU diadakan di Surau Al Muttaqin.Taklimat ini dijalankan untuk memberi pencerahan kepada tentang Universiti Awam di seluruh Malaysia.
2000-2200
Pameran Universiti Awam dan swasta.
Pada pameran ini setiap wakil pusat penajian akan memberikan penergang tentang kursus yang mereka tawarkan dan syarat kelayakan minimum untuk memohon kursus tersebut.Pameran ini diadakan di Minangkabau KMNS.Alumni KMNS juga tidak ketinggalan mempromosikan program GEN+
30 SEPTEMBER 2017
Taklimat Universiti Awam & Swasta
UMPTaklimat disampaikan oleh pensyarah kejuruteraan mekanikal UMP. Taklimat tersebut bertujuan untuk mempromosikan UMP kepada pelajar.Taklimat ini juga menerangkan tentang projek usahasam antara UMP dan Universiti di Jerman

UUM
Taklimat disampaikan oleh pensyarah kejuruteraan pemutusan. Pensyarah tersebut berjaya menukarkan suasana sunyi menjadi gembira.Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan tentang kursus yang boleh dimohon oleh pelajar aliran sains kerana hampir 90% kursus yang ditawarkan oleh UUM adalah untuk pelajar aliran sastera
UniKL
Taklimat disampaikan oleh Ketua Pengambilan Pelajar Unikl.Beliau menerangkan tentang program2 yang terdapat di Unikl. Dia juga memberi tahu fungsi dan kursus yang terdapat di kampus Unikl di seluruh Malaysia.
Bunga_tigris


No comments:
Post a Comment