Tuesday, 10 October 2017

Maafkan aku

Assalamualaikum pembuka bicara.mlm yg hening. Masa utk manusia beradu menghilangkan lelah setelah seharian membanting tulang menggunakan tenaga mental dan fizikal.tp aku? Otak ku masih segar walaupun jiwa dan raga ku kelelahan. Kisahnya aku ade sedikit konflik perasaan.entah la. Hahahahaah agak menyakitkan bila kau teringat ttg org yg kau benci.  Aq jenis yg payah nk benci org tp bila "manusia" tu da masuk dlm senarai aq. Sampai mati aq akan benci dia. Mungkin tu kot yg agak mengganggu fikiran aq sebab dia tiba2 muncul blk dlm hidup aq. Akhir kata, mudah utk menuturkan lafaz aq maafkan kau tp susah utk menyembukan luka yg telah kau toreh.
MAAFKAN KU WAHAI MUSUH.

bunga_tigris
@akira_zuri

Sunday, 1 October 2017

Minggu kerjaya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


      Pada 29-30 September 2017 telah diadakan Minggu Kerjaya di KMNS.Pada mereka yang masih tercari-cari peluang untuk melanjutkan pelajaran,ini merupakan platform untuk mereka menentukan hala tuju.Disini akan ku coretkan tentang perjalan program pada hari tersebut.

29 SEPTEMBER 2017

1500-1600




Taklimat UPU
Taklimat UPU diadakan di Surau Al Muttaqin.Taklimat ini dijalankan untuk memberi pencerahan kepada tentang  Universiti Awam di seluruh Malaysia.

2000-2200

Pameran Universiti Awam dan swasta.
Pada pameran ini setiap wakil pusat penajian akan memberikan penergang tentang kursus yang mereka tawarkan dan syarat kelayakan minimum untuk memohon kursus tersebut.Pameran ini diadakan di Minangkabau KMNS.Alumni KMNS juga tidak ketinggalan mempromosikan program GEN+

30 SEPTEMBER 2017

Taklimat Universiti Awam & Swasta


UMP
Taklimat disampaikan oleh pensyarah kejuruteraan mekanikal UMP. Taklimat tersebut bertujuan untuk mempromosikan UMP kepada pelajar.Taklimat ini juga menerangkan tentang projek usahasam antara UMP dan Universiti di Jerman


UUM
Taklimat disampaikan oleh pensyarah kejuruteraan pemutusan. Pensyarah tersebut berjaya menukarkan suasana sunyi menjadi gembira.Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan tentang kursus yang boleh dimohon oleh pelajar aliran sains kerana hampir 90% kursus yang ditawarkan oleh UUM adalah untuk pelajar aliran sastera



UniKL
Taklimat disampaikan oleh Ketua Pengambilan Pelajar Unikl.Beliau menerangkan tentang program2 yang terdapat di Unikl. Dia juga memberi tahu fungsi dan kursus yang terdapat di kampus Unikl di seluruh Malaysia.





Bunga_tigris
@akira_zuri